Sunday, April 29, 2012

Pasca BERSIH 3.0


Selesai sudah edisi bersih 3.0 yang berlangsung semalam, dan macam biasa akhbar akhbar mainstream kat Malaysia akan melapor berita yang hanya dilihat dari kaca mata “hitam” sahaja..namun tidak akhbar di Dubai dan juga rangkaian Al-Jazeera.. untuk maklumat korang kat Malaysia , masa saya tengah tengok berita di Al-Jazeera reporter tu buat lintas langsung dengan hanya mengunakan aplikasi SKYPE melalui iPad beliau, mana pergi kamera?  Abang Polis sudah ambik la encik…motif abang polis ambil kamera abang wartawan tu, tidak la dapat dipastikan..korang tanyalah kat abang polis tu? Nanti jawapan dia kasi mesti berbunyi “ wartawan tersubut bertidak ganas sebab itu kami merampas kamera nya”



Media media mainstream Malaysia melaporkan hanya 10 ribu je yang hadir…wartawan wartawan berkelas dunia CCN, BBC, Al-Jazeera sebut 80, 000 hingga 100, 000 ribu umat manusia yang hadir untuk BERSIH 3.0  dan diketegorikan protes yang paling besar di Asia Tenggara.

Media media mainstream kata protestor bertindak ganas, ada gambar diorang terbalikan kereta , ada gambar diorang pukul abang polis…tapi gambar yang sama je…….media media bebas pula tunjuk protestor kena pukul kena belasah gambar yang berlainan dan dari sumber yang berlainan sampai darah darah dah jatuh kena pinjak pijak lagi, abang abang polis tersenyum riang sambil kaki kat perot orang orang awam..



Media Mainstream kata DBKL dah offer tempat tempat yang bersesuai macam , Stadium Merdeka, Komplek sukan Bukit Jalil……………cuma seminggu sebelum berlangsungnya BERSIH 3.0 , macam biasa la kan..dulu masa nak buat BERSIH 2.0 kat stadium merdeka pun kes yang sama juga diorang tak kasi diorang kata akan menyusah masyarakat, la ni BERSIH 3.0 nak pakai Dataran Merdeka dan dan boleh pula suggest pakai venue lain walhal dah inform kat diorang sebulan sebelum lagi..esok esok kalau BERSIH 4.0 nak buat kat Bukit Jalil diorang akan suruh tukar Vanue lagi suruh buat kat Dataran Merdeka pula …



Beruk Beruk Government kata , kenapa la nak buat demo demo bagai? buat la melalui saluran yang betul…ni  SAYA nak tanya; sila nyatakan bagaimana saluran yang betul boleh dibuat kalau semua saluranya ada KORUP!!!  Tengok TV3, UTUSAN  dan Encik Encik POLIS pun kita dah tahu..bak kata MELAYU moden sekilas babi kat hutan dah ku tahu jantan betina nya…

Nak tanya lagi, apa susah nak bagi kelulusan diorang ni berarak secara AMAN kat Datran Merdeka tanpa ada provokasi dari pihat berkuasa? Ada akal fikir sendiri jangan asyik nak ikut orang lain je..BODOH jadinya!!!


Sunday, April 22, 2012

Mereka berilusi gamaknya...



Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kata dalam Berita Harian “ Sila guna saluran untuk suara bantahan, bukan berdemonstrasi” permasalahannya kat sini hendak ke Gomen kita mendengar luah rasa sesetengah rakyat..? kalau dah semua medium semuanya nak berat sebelah je kan..?  tengok dalam suratkhabar je dah lah… kalau yang sipolan tu punya kes lembu sekejap je..lepas tu senyap terus..kalau hal seks..seks….seks..bisexual….tak pernahnya habis…. Betul ntah tidak belum tentunya lagi kalau nak dibandingkan dengan  LEMBU si polan itu. Belum masuk lagi media elektronik….

Betulkan diri anda dan parti anda dulu ..

Tu perhimpunan yang depa dok buat tu okay je..senang je dapat permit..lepas tu keluar la pulak kat surat khabar menunjukan betapa amannya perhimpunan yang diorang buat…memang la aman  Sebab “40 malau’un” tak kacau… cuba korang buat semua media kat Malaysia betul betul bebas bersuara  tak ada ganguan dari mana mana parti politik..memang sah sah la takkan ada demo berdemo ni…ni saluran pun korang tak bagi nak kata “ sila gunakan saluran yang betul” sebab tak ada SALURAN YANG BETUL la mereka mereka itu berdemonstrasi cik abang wei!!! Apa ke lembabnya…………..

p/s: sila bagi saya chart flow untuk saluran yang betul bagi membuat suara bantahan

Wednesday, April 4, 2012

Melayukah Kita?

Seorang rakan begitu bengis tatkala ramai Melayu yang bekerja dibawah pengawasan bangsa Cina di Selangor (katanya). Dari penulisan beliau terang terangan yang itu adalah kesalahan yang amat besar ..Mungkin kawan saya ni masih berpengang teguh dengan terma KETUANAN MELAYU.

Dimana kah letak nya nilai Melayu itu sekiranya kita tidak sudah sudah mencaci bangsa lain ? sifat tamak haloba, dengki sesama manusia itu seringkali dikait kan dengan kita bangsa Melayu, dan bila ada yang menegur ,sifat mentaliti lapuk terus terpacul “kau ni bangsa apa? Bukan Melayu ke?” . Salah ke kalau teguran untuk memajukan Melayu itu sendiri dibuat? Apa salahnya bangsa lain yang maju itu? Yang boleh dikata hampir 70% menjana ekonomi Negara.

Sepatutnya kita berterima kasih pada mereka mereka , kita jadi kan iktibar dan tauladan dari kejayaan mereka , berkawan dan belajar dengan mereka ini, jangan hanya disebabkan pemikiran keMELAYUan yang menebal pada diri sendiri , kita membina tembok yang kukuh supaya sentiasa berpandang serong terhadap bangsa lain, terkadang pada bangsa sendiri (Melayu)itu juga ada.

Sudah sudah melihat gelas itu separuh MELAYU!! Lihat secara purata. Buat seketika , bogel kan lah warna kulit , perbedaan bangsa yang sering wujud di dalam mentaliti kita ini..lihat kesamarataan pada setiap individu yang berada di Malaysia namun berpegang lah pada ajaran Islam dengan teguh dimana kita diseru untuk bersikap adil pada semua manusia yang ada dimuka bumi ini tanpa mengasing asingkan mereka mengikut status bangsa, warna kulit mahupun agama.

Merdeka nya rakyat Malaysia itu dulu juga dibantu dengan bangsa bangsa yang berada di Malaysia sekarang..jadi kenapa kita menidak kan hak hak mereka? Jadi tunjukkan lah sifat Melayu sejati kita dengan memberi hak sama rata buat mereka mereka ini tanpa ada sifat takut sedikit pun yang ketuanan kita akan hilang.. apa lah ada pada ketuanan kalau kita masih lagi tercari cari maksud TUAN itu sendiri.

Gambar sekadar hiasan

Thursday, February 16, 2012

"The Grey" yang kelabu ceritanya


Hari tu pergi tengok wayang dengan burung kakak tua…kita orang nengok citer “The Grey”  bajet citer tu best giler la kan, sebab si Liam Neeson berlakon..lepas tu kat dalam trailer pun tengok ada scene gaduh gaduh dengan serigala bagai .. itu yang teruja untuk menonton citer tu berbanding citer “Chronicle” ..dan lagi satu sebab saya pilih citer “The Grey’ ni sebab dia ada show kul 9:15 jadi sempat la untuk saya meng-tough-kan bodi  kat gym sebelum menonton cerita yang endingnya kalau budak budak yang major dalam film akan kata “ itu adalah abstrak…korang kena menjiwai nya baru korang boleh faham…” dan orang orang kebanyakkan macam saya pula akan mengatakan “what the F**K!!!!”

Citer dia lebih kurang cam  gini la…sekumpulan pekerja (entah saya pun tak faham sebenarnya diorang ni kerja apa kat gunung tu) yang bekerja kat gunung (gunung mana pun saya tak tahu) gunung tu sejuk giler, lepas tu digambarkan yang ada banyak serigala juga disitu..si Liam Neeson ni kerja dia bunuh serigala serigala yang suka menganggu orang buat kerja…dia ada sniper dengan dia…dia nampak serigala dia tembak!! Lepas tu kalau tak silap saya, kumpulan pekerja ni sekali dengan si Liam Neeson nak balik rumah diorang unutk bercuti..so kena naik kapal terbang…pendek kan cerita…kapal terbang diorang naik tu terhempas dan macam biasa la Hollywood , adalah beberapa orang yang survived… ha!! Start dari sini la dimana surviver ni memulakan perjalanan untuk mencari bantuan..dan seperti biasa citer citer macam ni handphone 24 jam asyik tak ada line je kan..kalau ada line dah lama diaorang call untuk bantuan dan cerita pun HABIS!!!



Masa journey ni start sorang sorang mati kena makan dengan serigala ni…dalam pada yang sama si Liam Neeson ni juga mempunyai masalah diri sendiri atas kematian isteri dia …balik balik flash back dia dengan wife dia, dimana saya tak dapat nak konek kan lansung dengan jalan citer ni….so  bila sorang sorang dah mati kena bunuh dengan serigala jadi tinggal sorang je yang hidup..cuba teka siapa? Ya betul dia adalah abang Liam Neeson itu…..last scene ni lah yang saya cikidut kat dalam youtube 5 – 6 kali sebab scene ini adalah dimana abang Liam Nelson Berentap dengan serigala Alpha (Ketua) …sebelum dia nak lawan tu dia buat la preparation bagai..walau pun serigala tu ada kat depan dia…saya rasa serigala tu pun nak lawan cara adil kot, jadi dia bagi peluang kat Liam Neeson ni mempersiapkan dirinya…dengan pisau …botol kaca dah ada kat tangan bila Liam Neeson Nak attack Serigala tu…screen terus blank….lepas tu ada tulisan Arabic kat bawah tu yang saya faham sangat bila citer dah habis ayat Arabic tu lah yang akan keluar dibawah screen!!!  Jadi tidakkah “What the F**k” cerita “The Grey” ini!!!?

Moral disini; cerita yang tiada kene mengena dengan serigala jadian adalah tidak menakut kan langsung!!

Tuesday, February 14, 2012

Afwan Hj Adi: Kau Kenapa Hakak...?


Hakak Kamariah korang ketuk pintu rumah Mek malam semalam…di ingat Mek dah kojol macam Whitney Houston …motip, Kau ingat aku dah innalilah …? Dia kata dah lama sangat kau tak hupdate blog !!! yang hari hari kau ngumpat ngumpat  dengan aku kat pantry pasal negro wanita kat opis kita yang mengunakkan fair and lovely walau pun peluang untuk mencerahkan mukanya agak terlalu nipis dengan nisbah 100:1/2 tu hapa!!! Saja je kau kan nak mengedik kat rumah Mek yang ala ala kediaman ketua wanita UMNO ni khennn…? Very the propa tau hakak Kamariah korang ni!!!!

Hakak Kamariah semalam tanya Mek tak celeburit Valentine ke esok (hari ini)? Mek padang dia atas bawah macam Yusni Jaafar padang Ogy Ahmad Daud dalam citer Azura, masa dia tak kasi Ogy duduk kat kerusi rotan dia sebab badan dia basah!!! Lepas tu mak separuh jerit kat Hakak kamariah kau, Mek cakap “Chatek ke kau nak tanya soalan itew kat Mek..?” terkesima sekejap perempuan itu…(apa apa pun semalam tudung kau sebiji macam pah bedah!!! Tak mencerminkan sebagai wanita bekerjaya langsung tau!!)  lepas tu Mek kata kat perempuan yang kelihatan sudah berumur itu walau pun umur beliau baru mencecah 25 tahun (mesti sekarang ni hakak Kamariah sedang menistakan Mek..hado Mek Kesah!!!) Mek kata kat dia yang Mek adalah wanita muslimah jadi adalah tidak afdal untuk Mek untuk meng-celeburit-kan perayaan valentine itu, masa Mek explain kat dia Mek hanya mengenakan seluar pendek yang ketat dan t-shirt tanpa lengan…voley…? Tapi takpe..we’ols adalah muhrim….wah!!!!

Sebenornye Mek adalah single- mingle lagi Kamariah oiii!!! Dan disebabkan itulah Mek tidak hado perancangan untuk kandel light dinner bagai untuk esok!! Kalau kau nk berkandel light dengan Mek malam ini..Mek Hokay je…dengan syarat!! Mek nak kau sposor Mek buat botox kat bibir Mek ini so boleh la Mek kelihatan “jelita” seperti Dang Suria gitew…mampo?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...